Saturday, December 3, 2011

Monday, November 28, 2011

10 Video Untuk Pendidikan (You Tube)

10 Gambar Projek

Saya telah menghasilkan sebuah fail berkalkulator mudah alih yang pelbagai guna. Saya menghasilkannya daripada barangan terpakai serta bahan-bahan sedia ada. Idea ini tercetus apabila saya teringat mengenai zaman persekolahan di mana saya sentiasa dimarahi guru kerana terlupa membawa kalkulator ke sekolah. Jadi, kaedah yang mudah ialah dengan meletakkan kalkulator tersebut di satu tempat yang sama dengan barang yang anda tidak akan pernah lupa bawa bersama, contohnya fail. Jika anda tidak mahu meletakkan kalkulator, ia juga boleh digantikan dengan meletakkan gambar anda sendiri. Sama seperti 'frame' yang pelbagai guna.






(C) Nurul Farhana J. 2011. All Right Reserve.

Tuesday, November 15, 2011

10 GAMBAR-GAMBAR TEKNOLOGI

Dunia kini memerlukan begitu banyak perubahan, begitu juga dalam bidang teknologi. Semakin hari semakin bertambah gadjet-gadjet yang dicipta untuk menyaingi gadjet sedia ada. Termasuklah gadjet “komputer berteknologi tinggi” ini. Ia boleh disambungkan dengan server ISQ dan ia menonjolkan imej hanya di atas permukaan satah. Konsep ini menggabungkan beberapa unsur perubahan dan antara muka yang menjadikan ia sangat inovatif. Berbentuk silinder yang boleh dikemaskan menjadi lebih kecil apabila tidak digunakan, ia ternyata boleh menjimatkan ruang anda. Anda hanya memerlukan sedikit ruang, tetapi permukaannya haruslah rata supaya ia boleh berfungsi sepenuhnya. Simulasi papan kekunci adalah dari paparan skrin, semuanya hanya menunggu maklum balas serta input daripada pengguna untuk dioperasikan.



2. BATERI BERTEKNOLOGI- HANYA MENGGUNAKAN JARI

Ini bukanlah atas dasar konsep teknologi hijau, ataupun dinyatakan sebagai alat yang mesra alam. Ia dicipta untuk membantu semua orang yang berkemungkinan berada dalam keadaan yang terdesak secara tiba-tiba. Tidak mustahil ia berlaku, apabila dalam keadaan genting telefon bimbit anda mati secara tiba-tiba kerana kehabisan bateri. Cara-caranya mudah sahaja, cabut bateri telefon bimbit anda dan putarkan ia menggunakan jari telunjuk ada seperti di dalam gambar sehingga anda rasa ia mencukupi untuk anda membuat panggilan ataupun apa-apa sahaja sehingga anda sampai ke rumah dan boleh mengecas bateri tersebut seperti biasa.



3. CAWAN BERTEKNOLOGI (I-CUP)

i-cup merupakan satu konsep inovasi yang direka khas untuk jenama Apple. Ia membolehkan pengguna memanaskan apa-apa jenis minuman hanya dengan menyambungkan wayar tersebut kepada computer riba pengguna, mana-mana bahagian USB mahupun semua jenis peranti yang ada bila-bila masa dan dimana-mana sahaja. Matlamat utama penghasilan teknologi ini adalah untuk membolehkan pengguna bergerak ke mana-mana secara bebas sama ada ke pejabat, kelas, perpustakaan mahupun taman secara lebih terurus. Logo Apple tersebut sebenarnya merupakan penunjuk haba yang boleh bertukar warna apabila suhu air dalam cawan berubah. Warna biru menunjukkan sejuk, oren menunjukkan suam dan merah pula menunjukkan panas. Hal ini dalam masa yang sama dapat meningkatkan estetika. Ditambah lagi dingan pemegang yang boleh dicabut dan dipasang bila-bila masa sahaja serta tapak yang boleh dicabut untuk memastikan cawan mudah dibasuh.



4. KONSEP SEGAR- UNTUK BUAH-BUAHAN DAN SAYUR-SAYURAN

Konsep inovatif untuk tumbuh-tumbuhan segar ini dicipta untuk memastikan setiap satu bahan ini sentiasa segar serta bebas daripada bahan kimia yang membahayakan kesihatan. Alat ini akan terus dipasang kepada buah-buahan dan sayur-sayuran sejurus selepas dipetik untuk mengekalkan nutrien di dalamnya. Alat ini dicipta daripada plastik daripada kanji jagung serta terdiri daripada tiga bahagian iaitu badan, kepala atas botol serta bahagian mengandungi cecair yang berkhasiat. Ia hanya perlu dilekatkan dengan kemas serta dikunci kepada tangkai mahupun batang dan biarkan ia tegak ke atas. Menariknya, ia tidak hanya terikat kepada buah-buahan kerana ia juga boleh digunakan untuk menyimpan bunga-bunga segar untuk tempoh yang lama mengikut kehendak pengguna.




5. KONSEP TELEFON PINTAR: PHILIPS FLUID (KEKEMASAN & GAYA)

Peralatan gadjet masa kini semakin kecil dan sesetengahnya mampu dijadikan perhiasan seperti peralatan kemas selain memainkan peranan dan fungsinya yang tersendiri. Disebabkan itu, alat ini telah dicipta untuk memenuhi kehendak dan keperluan para pengguna yang mementingkan gaya dan kepuasan. Ia diilhamkan oleh Dinard da Matta iaitu seorang pereka dari Brazil. “Fluid” adalah nama yang dicadangkan untuk produk ini yang berkonsepkan telefon pintar yang delengkapkan dengan paparan O-LED yang fleksibel. Ini adalah untuk membolehkan ia boleh digunakan sepenuhnya dengan apa keadaan sekalipun serta memudahkan pengguna. Direka khas untuk Philips, telefon pintar ini boleh dijadikan gelang tangan yang bergaya tanpa menjejaskan fungsi asalnya untuk memudahkan anda berhubung.



6. POD MAKAN: KURE

Pod makan ini dicipta untuk penjimatan ruang. Ia sangat ringkas, kemas dan bergaya. Boleh ditutup menjadi bentuk sfera ataupun lebih tepat telur apabila tidak digunakan. Dan apabila dibuka sepenuhnya, bentuknya akan kelihatan seperti bunga yang kembang. Ia dilengkapi dengan lampu tengah yang terang dan utama di bahagian atas serta dihiasi dengan lampu biru yang indah di bawahnya. Merupakan satu konsep teknologi yang ringkas, tetapi hebat.



7. KONSEP BATERI-BIO

Konsep bateri-bio ini membolehkan telefon bimbit beroperasi iaitu apabila bateri menghasilkan tenaga eletrik melalui gula dari minuman berkabohidrat. Ia adalah tenaga yang dihasilkan oleh gula. Maka,ia bukanlah sesuatu yang pelik jika kita mampu menghasilkan telefon bimbit yang menggunakan punca tenaga seperti ini, iaitu daripada produk air Coca Cola yang boleh didapati setiap hari. Bateri ini juga boleh tahan agak lama iaitu tiga kali lebih lama berbanding menggunakan bateri lithium-ion yang biasa. Ia jimat, mudah dan berkesan.


8. MENCUCI TANPA AIR: ELECTROLUX

Kini, kita tidak lagi memerlukan air sepenuhnya untuk mencuci pinggan dan mangkuk. Dengan produk berteknologi yang kecil ini, kita mampu mencuci sebersih-bersihnya sehingga ke bahagian yang tidak dapat dicapai oleh air mahupun span pencuci biasa. Pembersihan tanpa air ini menggunakan gelombang mikro magnet untuk mencuci iaitu dengan cara memanaskan molekul-molekul untuk membersihkan sisa-sisa makanan yang melekat pada pinggan dan mangkuk. Kepalanya yang boleh berputar dengan bulu-bulu halus yang fleksibel membolehkan sisa-sisa ini sahaja yang ditanggalkan. Maka, kerja-kerja pembersihan di rumah kini menjadi semakin mudah.



Produk ini merupakan satu kamera tersembunyi yang tidak dijangka. Ia mampu menghasilkan kejutan kepada anda sehinggakan anda tidak dapat menyembunyikan setiap saat dari reaksi raut wajah anda yang comel. Kamera ini berfungsi seperti lastik. Hanya dapatkansasaran, dan lastik dengan cara mudah anda akan dapat gambar-gambar yang menarik dan menyeronokkan. Ia ringkas dan mudah dibawa ke mana-mana sahaja. Dengan skrin yang memudahkan anda melihat imej yang dikehendaki serta peranti USB yang membolehkan anda memindahkan gambar kepada komputer anda pada bila-bila masa sahaja. Ini ternyata merupakan produk inovasi yang sangat menarik.


10. PEMANAS DAN PENYEJUK MAKANAN MUDAH ALIH: ELECTROLUX RIBBON

Ini merupakan satu lagi produk teknologi yang canggih. Ribbon ini digunakan dengan cara membalutnya ke sekeliling bekas makanan anda sama ada untuk dipanaskan mahupun disejukkan tanpa memerlukan ketuhar gelombang mikro mahupun peti sejuk. Alat ini dilengkapi dengan dua permukaan yang berbeza dengan fungsi yang berbeza iaitu pemanasan dan penyejukkan. Alat ini juga mampu mengekalkan bentuknya yang fleksibel dengan cengkaman seperti getah yang membolehkan pengguna menggunakannya untuk membalut apa-apa sahaja jenis bekas makanan mahupun botol minuman. Gadjet dua-muka ini mempunyai beberapa dozen bateri kecil dari kuasa termo-elektrik di kedua-dua bahagiannya untuk proses menyejuk dan memanas. Elemen tembaga yang terdapat di dalamnya dapat memaksimumkan lagi kecekapan tenaga alat ini. Ia boleh dipecahkan kepada empat bahagian serta dicantumkan semula secara sebelah menyebelah membentuk plat segi empat yang mempunyai fungsi yang sama. Ia juga mempunyai magnet untuk mengelakkan balutan kepada periuk mahupun kuali yang lebih besar terlepas darinya. Ia boleh dicaj semula pada bila-bila masa sahaja dengan menggunakan pengecas termo-elektriknya.