Monday, November 28, 2011

10 Gambar Projek

Saya telah menghasilkan sebuah fail berkalkulator mudah alih yang pelbagai guna. Saya menghasilkannya daripada barangan terpakai serta bahan-bahan sedia ada. Idea ini tercetus apabila saya teringat mengenai zaman persekolahan di mana saya sentiasa dimarahi guru kerana terlupa membawa kalkulator ke sekolah. Jadi, kaedah yang mudah ialah dengan meletakkan kalkulator tersebut di satu tempat yang sama dengan barang yang anda tidak akan pernah lupa bawa bersama, contohnya fail. Jika anda tidak mahu meletakkan kalkulator, ia juga boleh digantikan dengan meletakkan gambar anda sendiri. Sama seperti 'frame' yang pelbagai guna.






(C) Nurul Farhana J. 2011. All Right Reserve.

6 comments:

  1. saya amat menyukai kreativiti anda dalam menghasilkan fail mudah alih. mungkin anda boleh menyenaraikan bahan-bahan dan kaedah untuk menghasilkan fail mudah alih supaya pembaca boleh memcuba sendiri.
    Zainab binti ibrahim A129231
    FSSK

    ReplyDelete
  2. fail anda sangat kreatif dan berteknologi kerana mempunyai kalkulator dalam faial anda.
    fail ini dapat membantu pelajar yang pergi ke tuisyen kerana mereka dapat menyimpan nota dan buku dalam fail mereka malah mereka tidak akan lupa mengambil kalkulator kerana ia telah bersama dengan fail itu sendiri.

    Primila a/p Elangkumar
    A129165

    ReplyDelete
  3. Fail yang cantik dan ia menarik minat saya untuk lihat cara anda menyediakannya. boleh digunakan untuk hiasan meja belajar atau diberikan sebagai hadiah kepada rakan-rakan. selain itu, corak yang digunakan amat bersesuaian untuk semua.

    ReplyDelete
  4. Hai. Terima Kasih atas komen anda semua.

    Saya cuma menggunakan barangan sedia ada. (Tak perlu membazir).

    1. Fail yang tidak lagi digunakan
    2. Pembalut kertas (ikut citarasa)
    3. Gam
    4. Double taped
    5. Polisterin (untuk membuat frame)
    6. Hiasan-hiasan menarik

    Gunakan pembalut kertas serta semua bahan tadi untuk mengubahsuai fail yang tidak menarik menjadi lebih cantik. Seterusnya, bentukkan frame menggunakan polisterin dan balutkan dengan kertas warna. Kemudian tampalkan di atas fail anda. Hiaskan mengikut citarasa anda. Frame kalkulator boleh digantikan dengan gambar-gambar anda sendiri mengikut kehendak anda.

    Selamat mencuba.

    (^^,)")

    ReplyDelete
  5. penghasilan fail yang cantik dan kreatif. kreatif diaspek dimana anda menggunakan kalkulatur untuk diletakkan di atas fail dan saya rasa ia boleh menyenangkan pelajar-pelajar selalu lupa untuk membawa kalkulator ke sekolah. satu idea yang baik dan boleh dipraktikkan oleh pelajar-pelajar sekolah.

    KOKILAVAANI RAVINDRAN
    A129659
    FSSK
    EN. MOHD JASMY BIN ABD RAHMAN

    ReplyDelete
  6. Saya suka dengan model yang anda hasilkan. Model tersebut penuh dengan kreativiti dan boleh digunakan dalam kehidupan seharian. Selain itu, model ini juga boleh dijadikan sebagai hadiah kepada orang lain. Rekaan yang ringkas dan mudah tapi pelbagai kegunaan.

    Siti Aishah Ramli
    A129308
    ayeisha_kentzo@yahoo.com

    ReplyDelete