
Bagaimanakah caranya untuk meningkatkan penggunaan teknologi?
Penggunaan bahan berteknologi tinggi (IT) kini semakin meluas dalam pelbagai bidang. Bidang pendidikan turut tidak terlepas daripada dipengaruhi oleh budaya IT ini. Hal ini disebabkan ia adalah satu perkara yang kini menjadi satu kemestian untuk dipelajari dan diketahui oleh setiap individu, daripada sekecil-kecil hinggalah kepada sebesar-besar perkara. Umumnya, budaya teknologi ini adalah sangat bagus untuk dipraktikkan, tetapi pengguna harus mengendalikannya dengan bijak serta tahu menjaga etika supaya tidak berlaku penyelewengan dalam menggunakan alat-alat serta bahan-bahan berteknologi ini.
Dalam bidang pendidikan, budaya ini telah diaplikasikan tidak kira di mana jua sama ada di desa atau di kota, dan tidak mengira tahap pendidikan sama ada peringkat sekolah rendah, menengah mahupun tahap pendidikan tinggi di institut awam serta swasta. Ia adalah satu budaya yang tidak asing lagi kerana ia adalah alat bantuan mengajar yang paling penting dan wajib ada dalam sistem pendidikan di seluruh dunia termasuk Malaysia.
Dalam bidang pendidikan, budaya ini telah diaplikasikan tidak kira di mana jua sama ada di desa atau di kota, dan tidak mengira tahap pendidikan sama ada peringkat sekolah rendah, menengah mahupun tahap pendidikan tinggi di institut awam serta swasta. Ia adalah satu budaya yang tidak asing lagi kerana ia adalah alat bantuan mengajar yang paling penting dan wajib ada dalam sistem pendidikan di seluruh dunia termasuk Malaysia.
Jadi, beberapa langkah haruslah diambil untuk lebih menggalakkan lagi penggunaan bahan-bahan berteknologi tinggi ini untuk kebaikan semua pihak. Antara langkah-langkah yang boleh diambil ialah:
- Mengadakan kempen kesedaran mengenai kepentingan teknologi
- Memberikan kurusus-kursus secara percuma berkenaan teknologi terkini terutamanya komputer serta penggunaan internet
- Memberi pendidikan berkenaan teknologi di sekolah-sekolah mengikut peringkat umur
- Langkah kerajaan iaitu memperbanyakkan lagi alat bantuan mengajar yang menggunakan teknologi di setiap institut pendidikan awam
- Memperbanyakkan kemudahan teknologi seperti menyediakan makmal komputer awam terutamanya di kawasan luar bandar supaya para penduduk tidak ketinggalan serta buta IT
(C) Nurul Farhana. 2011. All Right Reserve.
saya ada beberapa cadangan yang lain untuk menanbahkan pengetahuan komputer dalam kalangan masyarakat.
ReplyDeleteantaranya, ialah guru haruslah mempunyai pengetahuan yang luas dalam bidang ini. hal ini kerana seorang guru yang berpengetahuan dalam teknologi dapat menjadikan lebih kurang 30 orang yang lain untuk menjadi mahir dalam bidang ini. yang saya maksudkan ialah pelajar - pelajarnya.
selain itu, ibu bapa juga perlu mengambil inersitif untuk belajar menggunakan teknologi ini supaya dapat membimbing anak -anak mereka dalam bidang ini.
Primila a/p Elangkumar
A129165
FSSK
EN Mohd Jasmy bin Abd Rahman
Hai. Terima Kasih di atas cadangan anda tersebut. Ia sememangnya turut merupakan langkah yang bijak untuk mencapai target yang telah ditetapkan.
ReplyDeleteSekian. (^^,)")
satu isu yang menarik dan saya bersetuju dengannya.perlu ada penambaikan dari semasa ke semasa kerana dunia luar semakin maju dan teknologi sebegitu harus diginakan di Malaysia.perlu juga berwaspada kerana teknologi zaman ini tidak sahaja membawa kebaikan.
ReplyDeleteYUSRIZAL YUSOF
A133226
Masalah yang anda pertikaikan amat sesuai berdasarkan penggunaan teknologi pada masa sekarang dimana penggunaan teknologi yang kita gunakan sekarang tidak cukup untuk mencapai wawasan 2020 negara kita. Langkah yang dijelaskan juga amat bernas dan boleh diaplikasikan untuk menghasil output yang bernas untuk semua para pengguna teknologi.
ReplyDeleteSubhatra a/p Anantha Rao
A129602
FSSK
En.Mohd Jasmy bin Abdul Rahman
Saya setuju dengan isu yang anda telah kemukakan iaitu budaya penggunaan teknologi dalam pendidikan. kebanyakan atau institusi pengajian sememangnya menggunakan teknologi dalam pendidikan namun tidak semua sekolah di luar bandar menggunakan teknologi dalam pendidikan akibat kekurangan modal. oleh itu, kerajaan haruslah memainkan peranan dalam menyediakan kemudahan teknologi secara sama rata dalam bandar dan luar bandar
ReplyDeleteZainab binti ibrahim
A129231
Isu yang anda ketengahkan merupakan satu isu yang menarik dan kita boleh melihat betapa pesatnya penggunaan teknologi dan inovasi dalam negara kita pada masa kini. Tidak dapat dinafikan bahawa teknologi dan inovasi telah dan dapat memberikan pelbagai perubahan positif bukan sahaja dalam pendidikan malah dalam pembangunan negara kita. Saya turut bersetuju dengan cadangan-cadangan yang telah anda kemukakan.
ReplyDeleteSiti Aishah Ramli
A129308
ayeisha_kentzo@yahoo.com
isu yang anda kemukakan dalam laman anda merupakan isu yang hangat dalam komuniti kita. langkah-langkah yang telah anda berikan untuk mengatasi masalah ini agak jelas dan ada yang telah dipraktikkan oleh kerajaan kita.
ReplyDeleteKOKILAVAANI RAVINDRAN
A129659
FSSK
EN. MOHD JASMY BIN ABD RAHMAN
Secara keseluruhannya, saudari telah mengemukan langkah-lankah yang bernas untuk meningkatkan penggunaan teknologi dalam pendidikan. Di sini, saya berpendapat kursus-kursus percuma sukar diadakan kerana mereka yang mempunyai kepakaran dalam sesuatu teknologi sentiasa mengenakan bayaran yang tinggi. Malah, keadaan ini tidak mustahil diadakan tetapi hanya bagi kumpulan yang kecil di peringkat sekolah. Di sini, saya juga ingin mencadangkan untuk memasukkan matapelajaran teknologi dan inovasi dalam kurikulum pendidikan sekolah rendah dan menengah sebagai langkah untuk memberi pendedahan awal kepada para pelajar sekolah. Kesimpulannya, semua pihak harus memainkan peranan masing-masing dalam usaha meningkatkan penggunaan teknologi dalam pendidikan. Ini selaras dengan matlamat kerajaan untuk mencapai wawasan 2020.
ReplyDeleteSharlini Manickam
A129200
Langkah-langkah yang anda cadangkan sememangnya boleh diaplikasikan untuk meningkatkan penggunaan teknologi dalam bidang pendidikan. Hal ini berikutan dengan kepentingan teknologi kini yang memerlukan setiap individu memahami berkenaan teknologi sedari usia awal lagi iaitu dengan mendapatkan pendidikan di sekolah-sekolah. Malah, penduduk awam turut harus belajar untuk memahami teknologi kerana ia akan memberikan kemudahan kepada diri sendiri di masa hadapan.
ReplyDeletehai..
ReplyDeletecadangan yang dinyatakan adalah bersesuaian bagi meningkatkan penggunaan teknologi dalam bidang pendidikan. semua orang harus berusaha dalam menjayakan cadangan ini agar penggunaan teknologi dapat dipertingkatkan dinegara kita.
jayanthi a/p murugasan
a128962
jay_ukm@yahoo.com
Ya, IT memang sangat penting dan membantu dalam pelbagai aspek kehidupan kita terutamanya dalam bidang pendidikan. Semua saranan yang saudari berikan adalah relevan bagi meningkatkan penggunaan teknologi di Malaysia.
ReplyDeleteFROLINE AK MATTHEW
A129173
aelfricm@gmail.com
hai.
ReplyDeletesecara peribainya, saya berterima kasih kepada anda kerana memberi input yang berguna sperti ini.
saya berstuju dengan segala pendapat anda.di zaman yang serba moden ini IT sangatlah penting kerana ianya dhujung jari, segala informasai yang boleh kita cari dengan cepat hanyalah di internet.
saya berharap agar segala harapan dan cadangan anda dapat kita gunakan kelak disamping bantuan dari pihak sekolah dan ibu bapa melalui wang atau pun kelas IT.
a129428
hassan bin mustafa afifuddin
atisan19.blogspot.com